Taklimat Nadi Safe & Shield – Siberbuli – Kelas Sesi Ke 2
12 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2024 Selasa, Taklimat NADI SAFE & SHIELD kelas ke 2 telah diadakan bermula pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Kelas kali ini telah membincangkan dan memberi penekanan berkaitan Siberbuli. Kelas kali ini telah berjaya menghimpunkan 6 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Antara kandungan taklimat adalah perbincangan mengenai Apa Itu Siberbuli, Jenis Siberbuli, Kesan Siberbuli, Cara Menghindari Siberbuli, Gejala Siberbuli dan pelbagai lagi. Aktiviti menjawab kuiz turut diselitkan bersama untuk memantapkan lagi pemahaman para peserta. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Taklimat
• Kuiz
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: